Selepas bermingguminggu mengembara dari satu sekolah ke satu sekolah, akhirnya program Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy menutup tirai dengan penuh gaya.
Pengakhiran yang ditunggutunggu itu bukan sekadar menandakan tamatnya siri kunjungan 15 sekolah terpilih, tetapi merakam semangat, keterujaan dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari kepentingan menjaga sumber air.
Di setiap lokasi, aura keceriaan jelas terpancar membuktikan bahawa pendidikan kreatif mampu menghidupkan minat dan mencetus perubahan kecil yang bermakna dalam komuniti sekolah.
Lebih istimewa, jelajah ini membuka ruang kepada pelajar untuk menunjukkan keberanian mereka mencuba perkara baharu, terutama ketika mengendalikan aktiviti berkumpulan dan menjawab kuiz bersama Air Selangor.
Kini, selepas 15 hentian penuh pengisian, perjalanan berakhir dengan kenangan tersendiri yang pasti terus segar dalam ingatan warga sekolah.
Jom, kita kenangkan!