Sepakat jayakan misi jimat air!

Iklan
Pelajar SK Sentul 1 berpusu-pusu meminta tandatangan Asyraf dan Mohamed Rasul selepas selesai program.

Air Selangor hargai komitmen guru sebagai tulang belakang Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy

Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pihak sekolah sepanjang menjayakan Program Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy menjadi antara perkara paling membekas sepanjang pelaksanaannya.

Lebih daripada sekadar penganjuran aktiviti, penglibatan guru dilihat sebagai tunjang utama bagi memastikan setiap perancangan berjalan lancar.

Iklan
Iklan

Ketua Seksyen Pengurusan Jenama Air Selangor, Asyraf Suhaibi berkata, perhargaan tinggi diberikan kepada warga pendidik yang tidak pernah jemu memberikan komitmen penuh dalam menjayakan misi ini.

Pelajar gembira kerana menerima pelbagai hadiah sepanjang program berlangsung.

Iklan

“Semangat yang dipamerkan guru-guru bukan sahaja membantu kelancaran program, malah diharap dapat dijadikan teladan oleh murid-murid untuk keperluan mereka pada masa hadapan.

“Keikhlasan dan kesungguhan guru dalam menggalas amanah ini disifatkan sebagai satu manifestasi kecintaan terhadap pendidikan dan alam sekitar.

Iklan

“Tidak lupa juga kepada pihak Sinar Bestari yang menambahkan kekuatan kepada keseluruhan gerak kerja sepanjang program,” katanya.

Bagi memastikan penganjuran tahun ini lebih baik, Asyraf menyatakan pihaknya mengambil inisiatif untuk melaksanakan misi jelajah ke sekolah-sekolah terpilih.

Sebanyak 15 sekolah terlibat dalam jelajah pada tahun ini, sekali gus memberikan peluang lebih luas kepada pelajar dan guru merasai sendiri pengalaman menyertai program Misi Jimat Air.

“Langkah ini juga dilihat sebagai usaha memperkukuh mesej penjimatan air secara lebih dekat dengan komuniti sekolah,” ujarnya.

Aktiviti bersama pelajar.

Ditanya tentang penyertaan sekolah dalam pertandingan video yang dianjurkan, Asyraf berkata, terdapat beberapa sekolah yang memaklumkan mereka masih dalam proses menyunting video agar hasilnya lebih padu dan terbaik sebelum dihantar.

“Ini menunjukkan pihak sekolah memang benar-benar serius untuk memenangi hadiah sehingga RM15,000 untuk kegunaan sekolah masing-masing,” katanya lagi.

Hadiah utama bernilai RM15,000 yang ditawarkan dalam peraduan ini pula bukan sekadar ganjaran, sebaliknya bertujuan membantu pihak sekolah mencantikkan persekitaran masing-masing.

Kata Asyraf, pihak Air Selangor memahami bahawa sekolah-sekolah memerlukan dana untuk tujuan tersebut.

Justeru, melalui peraduan ini, pihak berkenaan berhasrat membantu mengurangkan keperluan kewangan sekolah sama ada untuk mencantikkan kantin, menaik taraf pusat sumber atau memperkenalkan inisiatif penjimatan air.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk pemasangan sistem tadahan air hujan atau rainwater harvesting.

Asyraf (kanan) bersama Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sentul 1, Mohamed Rasul Sallehuddin (kiri).

Ketika ini, banyak inisiatif sebegini telah pun diperkenalkan di sekolah-sekolah dan terus digalakkan sebagai langkah praktikal memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga sumber air sejak di bangku sekolah.