PdP bersepadu demi murid holistik

Iklan

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara pengajaran berpasukan yang menggabungkan kandungan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin ilmu.

Tahap 1 Alam dan manusia Elemen yang terdapat ialah sains, pendidikan seni visual, pendidikan muzik, pendidikan kesihatan, TVET dan teknologi dan digital.

Iklan
Iklan

Tahap 2 Eksplorasi sains dan teknologi Elemen yang ada ialah sains, alam sekitar, TVET, teknologi dan digital. Eksplorasi seni dan dunia Elemennya ialah geografi, sejarah, pendidikan seni visual dan pendidikan muzik.

Iklan

Mata pelajaran baharu

Menengah atas (Tingkatan 4 dan 5)

Iklan
  • Mata pelajaran Sains Komputer, Reka Bentuk dan Teknologi & Teknologi Digital dan Komunikasi

Tahap 1 (Tahun 1 dan 2)

  • Pembelajaran bersepadu

Tahap 3 (Tahun 5 dan 6)

  • Mata pelajaran Teknologi dan Digital

Menengah rendah (Tingkatan 1,2 dan 3)

  • Mata pelajaran Teknologi dan Digital

Tahap 2 (Tahun 3 dan 4)

  • Pembelajaran bersepadu

2. Bahasa isyarat Malaysia

  • Mata pelajaran tambahan kepada murid arus perdana
  • Dilaksanakan berperingkat mulai Tahun 1 yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Ketidakupayaan Pendengaran
  • Kekal sebagai mata pelajaran wajib bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran

3. Bahasa Arab komunikasi

  • Mata pelajaran tambahan baharu peringkat menengah
  • Kesinambungan daripada Bahasa Arab sekolah rendah
  • Penawaran secara berperingkat mulai Tingkatan 1 di sekolah menengah harian dan sekolah berasrama penuh (SBP) kecuali SBP aliran agama

Program pembentukan karakter

  • Program baharu diperkenalkan daripada prasekolah hingga menengah atas
  • 60 minit seminggu dan dimasukkan dalam jadual waktu
  • Dilaksanakan oleh semua guru
  • Aktiviti bersifat ‘hands-on’ Modul panduan guru disediakan

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

1. Tahap penguasaan (TP)

  • Tiga tahap penguasaan: Prasekolah hingga Tahap 1
  • Empat tahap penguasaan: Tahap 2 hingga menengah atas

TP 1 (Tahu) - Murid boleh *menyatakan* sesuatu perkara dengan beradab berasaskan pengetahuan dan kemahiran

TP 2 (Faham) - Murid boleh *menerangkan* sesuatu perkara dengan beradab berasaskan pengetahuan dan kemahiran

TP 3 (Buat) - Murid boleh *membuat* sesuatu perkara dengan beradab berasaskan pengetahuan dan kemahiran

TP 4 (Amal) - Murid boleh *mengamalkan* perlakuan dengan beradab berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupannya secara kreatif dan inovatif

2. Semakan kemajuan

Memastikan fokus kurikulum yang ditetapkan dicapai

Tahap 1 (Tahun 2): Penguasaan literasi dan numerasi

Tahap 3 (Tahun 6): Penguasaan kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi

3. Pelaporan profil murid

Perkembangan pembelajaran murid merangkumi aspek pendidikan dan bukan pendidikan.