Teknologi bawa pelajar ke puncak!

Iklan

Bukan sekadar mengukir kemenangan di pentas antarabangsa, penglibatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak Indah dalam Pertandingan International Robothon edisi ke-20, membuka lembaran baharu dalam dunia pembelajaran mereka.

Daripada sekadar mempelajari teori dalam bilik darjah, kini mereka mengaplikasikan pengetahuan menerusi pengekodan, rekaan mekanikal dan penyelesaian masalah secara langsung.

Iklan
Iklan

Setiap baris kod ditaip dan komponen yang dipasang mendedahkan mereka kepada realiti cabaran dunia teknologi masa kini.

Lebih penting, pengalaman ini membentuk keyakinan, semangat kerja berpasukan dan keberanian untuk mencuba sesuatu di luar kebiasaan.

Iklan

Kali ini, Sinar Bestari kongsikan kisah guru pembimbing dan pasukan Seindah Robotik tentang pengalaman mereka bersaing di Jakarta, Indonesia.

Jom, kita saksikan!

Iklan