Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, sebaliknya warisan bangsa yang mendidik adab, disiplin dan kekuatan jiwa.
Setiap gerak langkah dalam silat menuntut ketepatan, kawalan emosi dan keupayaan membaca situasi.
Secara tidak langsung menjadikan ia sukan yang sesuai untuk semua peringkat usia termasuk murid-murid.
Bermula dengan salam, langkah demi langkah dilatih untuk membawa setiap gerakan dengan adab dan hormat. Ia bukan tentang siapa paling kuat, sebaliknya mencipta sosok yang paling mampu mengawal diri dan menghormati lawan.
Sebagai seni bela diri warisan, silat sesuai dipelajari seawal usia lima tahun melalui pendekatan selamat dan berstruktur.
Manakan tidak, ia mengajar anak-anak mengenal diri, menghormati orang lain dan berani menghadapi cabaran.
Bersama Sinar Bestari kali ini, mengetahui lebih lanjut tentang sukan silat yang boleh disertai oleh adik-adik.
Jom kita pasang kekuda!