Di sebalik perubahan pendidikan

Iklan

Tahun 2025 menjadi saksi kepada perubahan besar dalam lanskap pendidikan negara, didorong oleh usaha berterusan warga pendidik dan pelajar menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan.

Sepanjang 12 bulan ini, bilik darjah bukan sekadar ruang pembelajaran, malah medan membina daya tahan, kreativiti dan keyakinan dalam menghadapi cabaran era digital.

Iklan
Iklan

Penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas, sementara bidang (TVET) dan (STEM) terus membuka peluang baru dengan pencapaian pelajar yang membanggakan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Dalam masa sama, penekanan terhadap kokurikulum, kepimpinan dan kebajikan pelajar membuktikan pendidikan bukan hanya soal akademik tetapi tentang membentuk insan seimbang dari segi ilmu, nilai serta sahsiah.

Iklan

Sinar Bestari minggu ini menghimpunkan detik-detik penting sepanjang tahun sebagai refleksi, penghargaan dan panduan menuju masa depan pendidikan negara.

Mari kita imbas bersama!

Iklan