Program Kembali ke Sekolah Tahun 2026 anjuran PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (CKPM) dengan kerjasama MESCA terus meringankan beban kewangan murid dan warga KPM daripada golongan B40.
Selari dengan Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, program ini memperluas skop penerima kepada semua warga KPM yang memenuhi syarat, berbanding hanya ahli PUSPANITA B40 dan ibu tunggal sebelum ini.
Seramai 273 murid B40 dari empat sekolah di Pulau Tuba terpilih menerima sumbangan, termasuk pembelian kelengkapan sekolah dan pemberian baucar.
Selain itu, 156 anak warga PUSPANITA dan MESCA KPM turut menerima baucar bernilai RM100 setiap seorang.
Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Media Prima Berhad, Yayasan Didik Negara dan Perbadanan Kota Buku dalam usaha memastikan setiap murid memulakan sesi persekolahan 2026 dengan persediaan lebih baik.