Sekolah berbeza, impian sama!

Iklan

Keputusan kemasukan ke sekolah khusus sering menjadi detik yang mendebarkan buat ibu bapa dan anak-anak.

Ada yang tersenyum gembira, tidak kurang juga yang terdiam menahan rasa kecewa apabila impian ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah khusus tidak kesampaian.

Iklan
Iklan

Namun, di sebalik keputusan itu, satu perkara kekal tidak berubah iaitu impian anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.

Sama ada di sekolah berprestij atau sekolah harian biasa, hasrat mereka untuk menggapai kecemerlangan akademik, membina sahsiah diri dan menyinar dalam bidang kokurikulum.

Iklan

Pendidikan bukan tentang di mana seseorang itu bermula, tetapi bagaimana mereka melangkah. Justeru, sudah tiba masanya kita menilai semula makna kejayaan dalam pendidikan.

Bersama Sinar Bestari minggu ini untuk menyelami realiti bahawa sekolah mungkin berbeza tetapi impian anak-anak tetap sama.

Iklan

Jom, kita!