Senyuman dan gelak tawa mewarnai dataran perhimpunan SK Sungai Judah (A) yang menandakan keterujaan dan semangat anak-anak Orang Asli kembali ke sekolah.
Sambutan mesra program dengan kerjasama SD Guthrie bersama maskot animasi Papa Zola bukan sekadar meraikan kehadiran murid-murid, malah menyemai keyakinan bahawa setiap anak diterima, dihargai dan mempunyai ruang untuk belajar serta berkembang.
Begitulah perkongsian Penolong Pengurus Kanan Ladang West SD Guthrie, Mohd Nor Hamis, yang berharap muridmurid ini dapat membina masa depan yang lebih cerah.
“Pihak SD Guthrie akan sentiasa memberikan sokongan kepada semua pelajar yang bersekolah di kawasan Pulau Carey.
“Kami juga mengharapkan programprogram seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, sekali gus menyuntik semangat dan minat murid untuk terus hadir ke sekolah,” katanya kepada Sinar Bestari selepas program Welcome Back to School 2026 di SK Sungai Judah (A), Pulau Carey baru-baru ini.
Untuk rekod, SD Guthrie mempunyai peranan yang sangat besar dan strategik terhadap Pulau Carey.
Ia bukan sekadar sebagai pemilik tanah malah sebagai pemacu utama pembangunan ekonomi yang baik.