Ujian matriks darjah empat bermula tahun ini - PM

Iklan
Gambar hiasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan ujian matrik pembelajaran melibatkan penilaian darjah empat bermula tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan peluncuran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) dan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Iklan
Iklan

Ujian berkenaan akan dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melibatkan empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Mulai tahun ini ujian penilaian darjah empat dilaksanakan yang akan dikendalikan oleh Lembaga Peperikasaan Malaysia,” katanya.

Iklan

Semasa ucapannya, beliau turut mengumumkan Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga bagi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah akan bermula pada 2027.

"Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh LPM secara berpusat. Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia," katanya.

Iklan