Pelajar cedera motosikal disondol babi

Iklan
Kejadian mangsa disondol babi dikongsikan abang iparnya di Facebook.

Seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh, Johor cedera selepas motosikal ditunggangi terjatuh akibat disondol babi dalam kejadian di Padang Keladi pada Ahad.

Mangsa berusia 19 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus dari rumahnya di Kampung Pulau, Durian Tunggal.

Iklan
Iklan

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun mengalami cedera di bahagian mulut termasuk patah gigi dan gusi rosak.

Abang ipar mangsa menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Melaka dan masih mengalami trauma akibat kejadian itu.

Iklan

"Kejadian berlaku pada malam Ahad ketika adik ipar dalam perjalanan pulang ke kampus dari rumah keluarga.

"Lokasi kejadian di hadapan kawasan Go Kart Padang Keladi yang difahamkan sudah beberapa kali berlaku kemalangan kerana gelap dan tidak mempunyai lampu jalan," katanya.

Iklan

Beliau berharap pihak berwajib mengambil perhatian serius terhadap isu berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar memaklumkan mangsa belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan menyiasat kejadian itu. - Sinar Harian