Merentas desa sering menjadi antara acara terawal dianjurkan di sekolah sewaktu sesi persekolahan.
Meskipun dilihat sebagai aktiviti tahunan, hakikatnya acara ini memainkan peranan penting dalam mencungkil potensi dan bakat murid sejak usia muda.
Di laluan larian yang mencabar, murid diuji dari segi ketahanan fizikal, kekuatan mental dan keupayaan mengurus emosi.
Bagi murid yang berani mencuba termasuk si pemalu dan kurang menonjol dalam kelas, pengalaman ini menjadi titik awal pembinaan keyakinan serta jati diri.
Bukan soal menang atau kalah, merentas desa turut membuka ruang kepada guru-guru untuk mengenal pasti bakat terpendam murid secara semula jadi.
Sinar Bestari minggu ini mengupas kelebihan aktiviti tahunan berkenaan terhadap murid.
Jom ke garisan penamat!