Murid Tahun Enam, bapa saudara maut dalam perjalanan sekolah

Iklan
Ketua Polis Daerah Sri Aman berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi tadi itu mengakibatkan penunggang yang berusia 60 tahun dan pembonceng maut di tempat kejadian. Gambar: Ihsan orang awam

Seorang murid lelaki Tahun Enam dan bapa saudaranya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Sri Aman-Lingga, Sri Aman, Kuching, Sarawak kira-kira 180 kilometer dari sini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi tadi itu mengakibatkan penunggang yang berusia 60 tahun dan pembonceng maut di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa dalam perjalanan menghantar anak buahnya ke Sekolah Kebangsaan Stumbin, Sri Aman dan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah van berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang datang dari arah bertentangan.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Pemandu van yang berusia 77 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Iklan

Mayat dihantar ke Unit Perubatan Forensik hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan