Keputusan STAM diumum 5 Feb - KPM

Iklan
KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Feb ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebanyak 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.

Iklan
Iklan

KPM dalam kenyataan memaklumkan calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu daripada sekolah masing-masing mulai 10 pagi tarikh sama dan bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan http://myresultstam.moe.gov.my/ mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang).

Iklan

"Calon juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas dengan menaip STAM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888, iaitu sistem tersebut akan diaktifkan mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang)," menurut KPM.

KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur. - Bernama 

Iklan