RPM2026-2035: Penentu masa depan negara!

Iklan

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 menjadi dokumen hala tuju penting negara dalam memastikan sistem pendidikan nasional kekal relevan, berdaya saing dan berupaya melahirkan insan sejahtera yang mampu menghadapi cabaran masa depan.

Dalam tempoh satu dekad akan datang, pelan pendidikan ini berperanan sebagai kerangka utama yang memandu transformasi pendidikan agar selari dengan perubahan global dan keperluan rakyat.

Iklan
Iklan

Dengan tumpuan utama yang jelas kepada mutu, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber serta kecekapan, keluwesan dan kemampanan, RPM bukan sekadar menyusun semula dasar sedia ada.

Ia sebaliknya menggariskan pendekatan baharu yang lebih manusiawi, seimbang dan berimpak langsung kepada kehidupan seharian rakyat seiring dengan pelbagai cabaran yang dihadapi dunia pendidikan ketika ini.

Iklan

RPM2026–2035 mencerminkan komitmen negara untuk membina pendidikan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga membentuk insan sejahtera dan warganegara global sekali gus nadi pembangunan Malaysia.

Ikuti perkongsian Sinar Bestari!

Iklan