Detik cemas di Seksyen 7: Dua pensyarah UiTM dirawat di zon kritikal!

Iklan

Dua pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditimpa sebatang pokok tumbang dalam kejadian pada tengah hari Isnin.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Naib Canselor UiTM, kejadian itu berlaku di hadapan Apartment Baiduri, Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam.

Iklan
Iklan

Pensyarah terlibat ialah Dr Nur Shahidah Ab Aziz dan Dr Shareena Fairuz Abdul Manaf.

Iklan

Makluman awal daripada pihak fakulti pada jam 2.20 petang memaklumkan kedua-duanya berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kecederaan. Mereka kini sedang menerima rawatan dan berada di Zon Kritikal, Hospital Shah Alam untuk pemerhatian lanjut oleh pasukan perubatan.

Iklan

Pihak universiti turut memohon agar warga kampus dan orang ramai bersama-sama mendoakan keselamatan serta kesembuhan kedua-dua pensyarah berkenaan.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan diberikan kesembuhan segera.