Setiap pagi, murid melangkah ke sekolah dengan beg di bahu yang sarat berisi buku teks, buku latihan dan pelbagai kelengkapan pembelajaran.
Ia termasuk bekal makanan dan minuman yang dibawa dari rumah.
Ada antara mereka terpaksa menggalas beban mencecah 8kg demi memenuhi keperluan jadual harian di kelas.
Sebenarnya, isu beg berat bukanlah perkara baharu, malah sejak sekian lama rungutan demi rungutan disuarakan, namun tiada perubahan.
Walaupun terdapat inisiatif seperti penyediaan loker di sesetengah sekolah, hakikatnya ia masih berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh dan konsisten di semua institusi pendidikan.
Kementerian Pendidikan (KPM) sendiri telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan isu beg berat iaitu Kajian Beban Buku Murid Sekolah Rendah (1994), Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah (2008) dan Laporan Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah (2017).
Ibu bapa turut bim membawa beg berat secara berterusan akan bang kesan menyebabkan anak me akan menghadapi masalah sakit belakang.
Mereka yang masih kecil Sinar Bestari cuba kupas isu ini secara tuntas demi memastikan kesejahteraan murid-murid terus diutamakan.
Jom ringankan beban!