Tingkatan 6 kini ‘post-secondary’, PM Anwar janji lebih fokus persediaan universiti

Iklan
Anwar (tengah) ketika sesi ramah mesra secara santai bersama para pelajar pada Majlis Berbuka Puasa KPM dan KPT di Kompleks Seri Perdana pada Sabtu lalu.

Pelajar Tingkatan Enam kini rasmi dikategorikan di bawah pendidikan pascamenengah, selari dengan program prauniversiti, asasi dan matrikulasi, bagi memperkukuh persediaan mereka memasuki alam universiti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua Tingkatan Enam kini di bawah kategori post-secondary. Kalau saya Tingkatan Enam, saya tak suka dianggap macam anak sekolah.

Iklan
Iklan

"Jadi, kita buat perubahan dasar supaya semua pelajar post-secondary berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi santai bersama pelajar dan mahasiswa sempena Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri dengan warga Kementerian Pendidikan (KPM) dan KPT di Kompleks Seri Perdana pada Sabtu lalu.

Iklan

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Iklan

Anwar menambah, pengkategorian semula penting kerana program Tingkatan Enam sebelum ini dilihat kurang diberi perhatian berbanding program matrikulasi dan laluan prauniversiti lain.

“KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti termasuk Tingkatan Enam dan matrikulasi mulai tahun ini. Ia bermakna kedua-dua kelompok berkenaan kini secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi,” jelas beliau.

Langkah ini dijangka membuka peluang lebih luas kepada pelajar Tingkatan Enam untuk menerima sokongan akademik dan persediaan lebih mantap sebelum menjejak kaki ke universiti, seterusnya memperkuatkan laluan pendidikan tinggi di Malaysia.