345 institusi MARA mungkin terima cuti tambahan Aidilfitri

Iklan
Cadangan cuti tambahan itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar dan warga pendidik di bawah rangkaian institusi pendidikan MARA termasuk maktab, kolej serta pusat latihan di seluruh negara.

Warga pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkemungkinan menerima satu hari cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu perkongsian di media sosialnya baru-baru ini selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah MARA.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, cadangan itu adalah bagi memberi ruang kepada warga institusi pendidikan MARA untuk membuat persiapan serta meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah MARA untuk turut memberikan satu hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua 345 institusi pendidikan MARA," katanya.

Iklan

Beliau turut memaklumkan bahawa kenyataan rasmi daripada MARA berhubung perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Cadangan cuti tambahan itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar dan warga pendidik di bawah rangkaian institusi pendidikan MARA termasuk maktab, kolej serta pusat latihan di seluruh negara.

Iklan

Jika dilaksanakan, langkah tersebut bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar pulang ke kampung lebih awal, malah dapat mengurangkan kesesakan perjalanan menjelang sambutan Aidilfitri.

Aidilfitri merupakan antara perayaan paling dinanti-nantikan oleh pelajar yang menuntut jauh dari keluarga, menjadikan pengumuman berkaitan cuti sekolah sering mendapat perhatian dalam kalangan warga pendidikan.

Sinar Bestari akan terus mengikuti perkembangan lanjut mengenai pengumuman rasmi oleh MARA berkaitan cadangan cuti tambahan ini.