Bubur lambuk satukan warga sekolah!

Iklan

Aroma bubur lambuk yang dimasak secara bergotong-royong menjadi simbol kemeriahan Ramadan di sekolah.

Setiap kali bulan mulia ini tiba, guru, murid, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga sekolah berganding bahu menyediakan hidangan tradisi yang cukup sinonim dengan amalan berkongsi rezeki.

Iklan
Iklan

Di sekolah rendah mahupun menengah, program memasak dan mengagihkan bubur lambuk bukan sekadar aktiviti mengisi kalendar Ihya Ramadan.

Sebaliknya, ia menjadi ruang mendidik murid tentang nilai kerjasama, semangat kebersamaan dan kepentingan bersedekah kepada orang lain.

Iklan

Suasana di dapur sementara sekolah yang dipenuhi gelak tawa dan semangat gotong-royong jelas menggambarkan indahnya Ramadan apabila diraikan bersama.

Ingin tahu bagaimana program bubur lambuk ini menyatukan warga sekolah? Bersama Sinar Bestari menikmati aroma bubur lambuk.

Iklan

Jom kita bergotong-royong!