Mimbar Daie semarak dakwah pelajar

Iklan

SUASANA penuh keyakinan dan semangat dakwah jelas terpancar apabila murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Sakaran, Semporna tampil menyampaikan tazkirah secara santai dan kreatif.

Guru, Norizuani Gabaldin berkata, menerusi Pertandingan Mimbar Daie yang berlangsung sepanjang program Raudhah Ramadan itu, menyelitkan unsur nasihat dan motivasi bagi menarik perhatian rakan sebaya.

Iklan
Iklan

“Setiap peserta diberi masa lima minit untuk menyampaikan mesej dakwah dengan gaya penyampaian tersendiri.

KREATIF... Pembukaan program replika seekor unta sebagai gimik.

Iklan

“Mereka juga menggunakan pendekatan penceritaan. Bagi penilaian pula dibuat berdasarkan aspek penyampaian, isi kandungan serta penggunaan bahasa yang berkesan dalam menyampaikan mesej,” katanya.

Program Mimbar Daie ini merupakan antara pengisian utama yang dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan pelajar menengah rendah dan menengah atas.

Iklan

Bukan itu sahaja, ujar Norizuani, pelajar turut berpeluang menyertai Musabaqah Hafazan yang menguji tahap hafazan mereka menerusi surah-surah pilihan seperti surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk dan Al-Waqiah.

“Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar menonjolkan kemampuan hafazan, malah menyemai rasa cinta terhadap al-Quran,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Kuiz Ilmu Wahyu yang dilaksanakan secara berkumpulan turut menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap ilmu asas Islam dalam suasana pembelajaran yang lebih interaktif.