Bunyi lantunan bola di atas meja pingpong bukanlah perkara luar biasa, namun bagi Azhar Habib, setiap pukulan membawa impian besar ke pentas dunia.
Dengan aksi penuh yakin dan fokus, pemain berusia 11 tahun ini mencipta sensasi apabila muncul juara kategori Bawah 11 Tahun (BU11) selepas menampilkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan anjuran World Table Tennis.
Siapa sangka, minatnya terhadap sukan pingpong itu bermula secara tidak sengaja apabila sering mengikut ayahnya ke pusat latihan.
Kejayaan tersebut sekali gus melonjakkan namanya sebagai pemain nombor dua dunia bagi kategori BU11.
Pencapaian ini membuktikan bakat muda tempatan mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia. Ikuti kisah inspirasi di sebalik kejayaan luar biasa atlet muda ini yang membanggakan Malaysia.
Jom, hayunkan ‘ bet’ anda!