34,737 atau 95.60 peratus pelajar Sabah layak dapat sijil SPM

Iklan
RAISIN

Seramai 34,737 atau 95.60 peratus pelajar di Sabah, layak dianugerahkan sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah itu meningkat bagi tahun 2025 berbanding seramai 32,501 orang atau 94.68 peratus bagi SPM tahun 2024.

Iklan
Iklan

"Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 2,236 orang atau 0.92 peratus. Sementara itu, pensijilan bagi calon berkeperlian pendidikan khas (CBPK) yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2025 bagi negeri ini adalah seramai 182 orang.

"Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 137 orang atau 75.27 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025 berbanding dengan 131 orang atau 65.17 peratus pada SPM tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan seramai enam orang atau 10.10 peratus," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majliss pengumuman keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohamad Ali, di Ranau, di sini pada Selasa.

Raisin turut memaklumkan bahawa bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu semua gred A+ dalam semua mata Pelajaran adalah seramai tiga orang pada SPM tahun 2025 berbanding dengan enam orang pada SPM tahun 2024.

Iklan

"Bilangan calon yang memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- pula seramai 605 orang atau 1.63 peratus pada SPM tahun 2025 berbanding dengan 580 orang atau 1.64 peratus pada SPM Tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 25 orang atau 0.01 peratus.

"Bilangan calon yang memperolehi sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 6,150 orang atau 16.61 peratus pada SPM Tahun 2025 berbanding dengan 3,437 orang atau 9.74 peratus pada SPM tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 2,713 orang atau 6.87 peratus.

"Bagi calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 14,533 orang atau 39.24 peratus pada SPM Tahun 2025 berbanding dengan 13,265 orang atau 37.64 peratus pada SPM Tahun 2024. Angka ini menunjukkan peningkatan seramai 908 orang atau 1.60 peratus," katanya.

Sementara itu, katanya menurut analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2025 dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi mata pelajaran.

Beliau berkata, pencapaian calon merujuk sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

"Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon negeri Sabah ialah Gred Purata Negeri (GPN). Prestasi mata pelajaran pula merujuk sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diukur dalam setiap mata pelajaran. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Nilai bagi semua gred purata adalah antara 0.00 hingga 9.00. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian atau prestasi yang lebih baik," katanya.

Sementara itu, Raisin berkata bagi gred purata negeri secara keseluruhannya, pencapaian calon bagi SPM tahun itu untuk negeri Sabah berdasarkan indeks GPN adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

"Nilai GPN SPM tahun 2025 bagi negeri Sabah ialah 4.85 mata berbanding dengan 5.00 mata pada SPM tahun 2024, iaitu mengecil sebanyak 0.15 mata.

"Bagi gred purata kebangsaan mengikut lokaliti (jurang antara bandar dan luar bandar). Berdasarkan GPN, jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.50 mata.

"GPN calon di bandar ialah 4.53 mata pada SPM tahun 2025 berbanding dengan 4.65 mata pada SPM tahun 2024. GPN calon di luar bandar pula ialah 5.03 mata pada SPM tahun 2025 berbanding dengan 5.21 mata pada SPM tahun 2024," katanya.