Calon SPM 10A ke atas automatik ke Program Matrikulasi 

Iklan
Inisiatif yang diumumkan oleh KPM ini bukan sekadar pengiktirafan kepada kecemerlangan akademik, malah menjadi simbol peluang yang lebih inklusif untuk semua pelajar tanpa mengira kaum dan latar belakang. Gambar hiasan

Usaha keras ribuan pelajar akhirnya diraikan dengan berita yang cukup melegakan. 

Seramai 6,717 calon yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kini boleh menarik nafas lega apabila ditawarkan ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.

Iklan
Iklan

Inisiatif yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini bukan sekadar pengiktirafan kepada kecemerlangan akademik, malah menjadi simbol peluang yang lebih inklusif untuk semua pelajar tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Lebih menarik, tawaran ini diberikan secara automatik kepada semua calon yang telah memohon ke Program Matrikulasi sekali gus mengurangkan kebimbangan dan tekanan dalam kalangan pelajar serta ibu bapa.

Iklan

Dalam masa yang sama, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program berkenaan kekal seperti biasa dan tidak terjejas dengan pelaksanaan inisiatif ini. 

Kini, laluan ke matrikulasi semakin jelas. 

Iklan