Dalam era pendidikan yang semakin dinamik dan berpaksikan teknologi, TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) terus menjadi medium penting dalam mencungkil bakat serta kreativiti murid.
Menyedari potensi ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka menganjurkan Program Ceria dan Kreatif Digital TV PSS yang menghimpunkan kru TV PSS dalam kalangan pelajar bersama sekolah pengelola, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang.
Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada murid untuk menonjolkan kemahiran dalam bidang penyiaran dan produksi.
Secara tidak langsung, bengkel yang dilaksanakan bersama Sinar Bestari di Karangkraf ini menjadi medan pembelajaran autentik mengasah bakat komunikasi, kerja berpasukan dan pemikiran kreatif pelajar.
Sinar Bestari kongsikan pengalaman murid dan cikgu sepanjang program yang berlangsung baru-baru ini.
3,2,1, action!