Tak sempat hadiri sukan sekolah, pelajar maut kemalangan

Iklan
Kemalangan melibatkan motosikal ditunggang mangsa dan pacuan empat roda dipandu seorang wanita berusia 46 tahun.

Seorang pelajar Tingkatan Empat maut ketika dalam perjalanan menghadiri sukan sekolah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Keningau-Apin Apin, Sabah berhampiran sekolahnya pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Jumir Andoroh, 16, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Keningau.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang wanita berusia 46 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Keningau bagi menghadiri sukan sekolah.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar bahagian belakang pacuan empat roda jenis tersebut.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 9.48 pagi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.