1)"Sejujurnya saya tak sangka yang tempoh 10 minit membaca boleh jadi begitu menyeronokkan. Apabila semua rakan sama-sama membaca, suasana jadi tenang dan fokus. Rasa lebih relaks dan mula minat untuk habiskan buku. Saya juga suka menceritakan semula apa yang dibaca kepada kawan-kawan supaya mereka mengetahui topik yang saya fahami."
- Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting, Zainur Qaleesya Zamri, 16.
2)"Pengalaman membaca di sekolah melalui program ini memang seronok dan berbeza daripada biasa. Bila kawan-kawan fokus membaca pada masa yang sama, suasana jadi lebih tenang dan kondusif. Bagi saya, membaca bukan lagi paksaan tetapi satu aktiviti yang menenangkan dan membuka minda. Pihak sekolah boleh tambah lebih banyak bahan bacaan menarik seperti novel remaja, komik pendidikan dan buku digital supaya kami akan lebih teruja untuk membaca setiap hari."
- Pelajar SMK Seksyen 24(2), Shah Alam, Nurhumaira Qistina Muhamad Zubir, 14.
3)"Sebenarnya program membaca ini membuka mata saya bahawa ia amat menyeronokkan, bukan membosankan. Walaupun tempoh waktu singkat, ia membantu saya fokus dan faham lebih banyak perkara.
"Saya mengharapkan aktiviti atau budaya membaca ini diteruskan kerana ia mendorong pelajar seperti saya untuk jadikan membaca sebagai amalan harian."
- Pelajar SMK Bandar Baru Serting, Syed Muhammad Aqiff Syed Mohd Nizam, 17.
4)"Membaca ini adalah self-therapy yang sangat berkesan. Setiap kali penat dengan rutin harian atau tekanan di sekolah, saya akan ambil masa untuk buka buku dan tenggelam dalam dunia bacaan. Pada saat itu, segala kekusutan fikiran seakan-akan pause seketika, memberi ruang untuk saya bernafas dan menenangkan diri. Lebih menarik, membaca bukan sahaja membantu untuk relaks, tetapi juga membuka perspektif baharu dan membuatkan saya rasa lebih segar untuk kembali menyambung tugasan lain dengan fokus yang lebih baik."
- Pelajar SMK Jalan Kebun, Nur Afiqah Adrianna Mohamad Faizal, 15.