Ibu bapa SK Bukit Kapar perkukuh ilmu mendidik anak menerusi program khas!

Iklan
Syamsul Debat (tengah) bersama ibu bapa dan penganjur dalam program motivasi keibubapaan Sabtu lalu.

Mendidik anak pada masa kini menuntut tahap kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi.

Hal ini kerana generasi sekarang terdedah secara meluas kepada dunia teknologi yang membuka ruang kepada pelbagai pengaruh, sama ada positif mahupun negatif.

Iklan
Iklan

Menyedari hakikat itu, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kapar, Selangor telah menganjurkan program motivasi keibubapaan bertemakan 'Melakar Ilmu Mengukir Jiwa' khusus untuk ibu bapa pada Sabtu lalu.

Iklan

Program yang mengangkat tajuk 'Cabaran Mendidik Anak di Era Teknologi Tanggungjawab Bersama' itu menampilkan penceramah motivasi terkenal, Ustaz Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat, yang berkongsi pelbagai panduan serta pendekatan praktikal dalam mendepani cabaran mendidik anak-anak masa kini.

Syamsul Debat

Iklan

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, Hasmawati Kamarudin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta memberikan sokongan padu terhadap penganjuran program tersebut.

"Kehadiran dan komitmen anda amat bermakna dalam membentuk hala tuju pendidikan dan masa depan anak-anak.

Hasmawati

"Diharapkan segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan dunia dan akhirat," katanya.