Di balik papan putih yang kian lusuh dan suara saban hari memecah sunyi kelas, tersembunyi sebuah pengorbanan yang jarang dipinta untuk difahami.
Guru merupakan insan yang berdiri di hadapan dengan senyuman, meskipun penatnya tidak pernah bersuara.
Di pedalaman, ada yang meredah jalan berlumpur, menempuh sungai dan hutan demi memastikan ilmu sampai ke tangan anak bangsa.
Di bandar pula, ada yang setia membimbing murid berkeperluan khas, sabar mengajar satu persatu huruf, satu demi satu langkah tanpa pernah jemu atau berputus asa.
Hari demi hari, mereka memberi masa, tenaga atau emosi tanpa mengira batas untuk membentuk jiwa, mencorak masa hadapan serta meniup harapan dalam diam.
Hari ini, Sinar Bestari berjaya mendapatkan guru harapan murid untuk terus bermimpi.
A, B, C, jom kita belajar!