Murid Malaysia, bahasa Indonesia?

Iklan

Fenomena penggunaan perkataan bahasa Indonesia seperti teman, kaget, banget, enggak dan capek dalam kalangan murid di Malaysia semakin ketara sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu perkataan-perkataan itu hanya didengari menerusi drama atau lagu dari negara jiran, kini ia semakin lazim digunakan dalam perbualan harian, di media sosial, malah jawapan peperiksaan murid.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada ia sekadar trend bahasa yang dipengaruhi era digital atau petanda berlakunya perubahan besar terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda.

Dalam dunia tanpa sempadan, pendedahan kepada pelbagai bahasa sememangnya tidak dapat dielakkan.

Iklan

Sinar Bestari mengupas sejauh mana penggunaan perkataan asing khasnya bahasa Indonesia digunakan oleh murid supaya ia boleh dipandang serius dengan segera.

Mari kita bongkar!

Iklan