JPN Perak beri kerjasama penuh, kebajikan keluarga jadi keutamaan

Iklan
Gambar hiasan

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan membabitkan insiden seorang murid terjatuh bangunan di sebuah sekolah di negeri ini pada Isnin. 

Menurut kenyataan media, siasatan dalaman turut dilaksanakan bagi meneliti setiap perkara yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"JPN Perak telah mengambil tindakan bagi memastikan kebajikan dan bantuan terbaik kepada keluarga murid.

"Sokongan psikososial turut diberi kepada warga sekolah yang terkesan. Masyarakat diminta untuk memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan ujian pada ketika ini," maklum kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, seorang pelajar Tingkatan Satu dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah berkenaan dalam kejadian pada Isnin.

Beliau kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Iklan