Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluangkan masa 'turun padang' bertemu dan menyantuni pelajar SMA Al-Tanwiriah, Muar, Johor baru-baru ini.
Apabila ditanya mengenai sasaran mereka dalam peperiksaan SPM tahun ini, para pelajar dengan penuh yakin menyatakan hasrat untuk meraih 11A.
"Insya-ALLAH saya doakan cemerlang semuanya.
"Semoga anak-anak semua terus bersemangat, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan semua urusan dan akan mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.
Iklan
"Jangan berhenti berdoa, terus berusaha untuk berjaya," katanya.
Kredit: Facebook Fadhlina Sidek
Iklan