Sedekad CaSeH Environment MSU

Iklan
CaSeH Environment menerusi FHLS, MSU itu bagi mempromosikan kelestarian alam dan menjaga keseimbangan biodiversiti.

Inisiatif kelestarian MSU cipta impak menerusi pemuliharaan alam, pendidikan, penglibatan masyarakat

Bermula sebagai inisiatif alam sekitar berskala kecil diinspirasikan oleh Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (SDG), kini menjadi inisiatif yang memfokuskan pemuliharaan, pendidikan dan jalinan komuniti.

Pada tahun 2017, Management and Science University (MSU) melalui Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) telah melancarkan inisiatif CaSeH Environment bagi mempromosi kelestarian alam sekitar.

Iklan
Iklan

Sejak dilancarkan, inisiatif ini melibatkan ratusan pelajar, kakitangan dan komuniti dalam pelbagai projek yang menyumbang kepada pemulihan ekosistem dan biodiversiti serta pembangunan mampan.

Tahun 2026 merupakan ulang tahun ke-10 CaSeH Environment inisiatif khas terhadap kelestarian, pemuliharaan alam semula jadi dan penglibatan komuniti demi kesejahteraan masyarakat.

Iklan

Antara program yang dilaksanakan termasuk penanaman 100 pokok Bucida buceras bagi meningkatkan kualiti alam sekitar serta memperluaskan kawasan hijau awam di Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway (GCE) pada April 2017.

Pada tahun 2019, inisiatif itu terlibat dalam projek pemulihan Hutan Simpan Raja Musa, salah satu ekosistem hutan paya gambut paling penting di Selangor.

Iklan

Projek tersebut melibatkan kira-kira 100 pelajar dan penasihat yang bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta Global Environment Centre bagi memulih kawasan hutan terjejas serta usaha pemuliharaan biodiversiti.

Kerjasama strategik Free Tree Society Malaysia (FTS) sempena Hari Bumi Sedunia 2019, memperkukuh peranan CaSeH Environment dalam melaksanakan program alam sekitar jangka panjang yang menumpukan pemuliharaan hutan, penghijauan bandar, pemulihan ekologi dan pendidikan alam sekitar.

Antara inisiatif dilaksanakan ialah Forest Restoration and Conservation Project (FRIP) di Pulai Trail, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur yang menandakan 819 pokok matang dilengkapi kod QR.

Tree Restoration and Planting Project (TRIP) pula menyokong penghijauan bandar melalui aktiviti pembiakan, penyemaian dan penjagaan spesies pokok tempatan di Bangsar dan Taman Tugu.

Turut dilaksanakan Aquatic Ecosystem Revitalisation Project (AyeR) dibangunkan bagi meningkatkan habitat amfi bia di Hutan Komuniti Bandar Pulai Trail yang memberi impak positif dari segi ekologi, termasuk kembalinya katak, pepatung dan pelbagai penunjuk biodiversiti lain.

Selaras SDG 13 (Climate Action) dan SDG 15 (Life on Land), CaSeH Environment membuktikan kerjasama antara institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat menghasilkan impak alam sekitar yang bermakna.