SUKSES 5.0 peta masa hadapan murid!

Iklan

Memilih hala tuju selepas tamat persekolahan bukan lagi sekadar soal minat, namun memerlukan perancangan yang teliti dan pendedahan kepada pelbagai peluang pendidikan serta kerjaya.

Menyedari hakikat itu, Karnival Pendidikan Kerjaya Murid (SUKSES) 5.0 menjadi platform penting untuk membantu murid mengenali potensi diri, meneroka laluan pendidikan dan memahami keperluan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah.

Iklan
Iklan

Ia juga inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan secara berperingkat di pelbagai negeri sekali gus menawarkan pelbagai aktiviti percuma kepada murid.

Program seumpama ini bukan sahaja membuka minda murid terhadap peluang yang tersedia, malah menyuntik keyakinan untuk membuat keputusan yang lebih tepat demi membina masa depan yang cemerlang.

Iklan

Kali ini, Sinar Bestari berkongsi antara aktiviti menarik sepanjang SUKSES 5.0 di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jom, kita serbu!

Iklan