SPM ulangan 2026 bermula esok

Iklan
Gambar hiasan

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2026 akan dilaksanakan pada 14 sehingga 16 Julai 2026 melibatkan tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, seramai 12,947 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2026 yang bakal dijalankan di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,530 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,366 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

“KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU Tahun 2026 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Iklan

Jadual waktu peperiksaan SPMU Tahun 2026 boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my. Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan. Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM turut mengingatkan calon supaya mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPMU Tahun 2026.

Iklan

Bukan itu sahaja, calon turut diharapkan dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.