Aktiviti membaca lantang bantu murid kuasai kemahiran membaca. Ini tipnya!

Iklan
Aktiviti membaca lantang bantu murid kuasai kemahiran membaca. Ini tipnya!
Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, pastinya menjadi perhatian guru-guru.Ibu bapa pula, akan gembira dan berasa bangga kerana anak mereka sudah dapat membaca buku atau pun surat khabar.Bagaimana pula dengan mereka yang tidak lancar membaca?Cikgu Haseni menerusi blognya, berkongsi beberapa tip untuk murid-murid dapat membaca dengan baik.Aktiviti membaca lantang atau membaca kuat (read aloud) telah diperkenalkan oleh guru ini.Ikuti perkongsian beliau.*****Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.Aktiviti membaca lantang atau membaca kuat (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.

Apa itu bacaan lantang?