Langkah pertama jadi juara takraw!

Iklan

Menguasai sepak takraw sejak dari sekolah rendah bukan sekadar membuka ruang kepada murid untuk bergiat aktif dalam sukan, malah menjadi asas penting dalam membentuk kemahiran, disiplin dan keyakinan diri.

Sukan warisan negara ini menuntut penguasaan teknik seperti servis, kawalan bola, hantaran dan rejaman yang memerlukan latihan berterusan serta kerjasama erat antara pemain.

Iklan
Iklan

Bukan sekadar itu, sepak takraw turut mengasah kecekapan membuat keputusan, daya tahan mental dan semangat berpasukan selain meningkatkan kecergasan fi zikal.

Pendedahan melalui kejohanan pula menjadi platform terbaik untuk murid menguji kemampuan, menimba pengalaman pertandingan dan mengembangkan bakat sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Iklan

Dari gelanggang sekolah, lahirlah pelapis yang berpotensi mengharumkan nama daerah, negeri malah negara suatu hari nanti. Sinar Bestari hari ini mendedahkan rahsia untuk menjadi seorang atlet sepak takraw yang berjaya!

Jom, kite rejam!

Iklan