MSU bentuk pemimpin holistik

Iklan
Mohd Shukri (tengah) dan Junainah bergambar kenangan bersama peserta MOULD 4.0 yang berlangsung di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

MOULD 4.0 himpun 152 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa

Management and Science University (MSU) meneruskan komitmennya melahirkan pemimpin mahasiswa berdaya saing menerusi MSU Outstanding Leadership Development 4.0 (MOULD 4.0).

Program yang berlangsung selama tiga hari, dua malam di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka itu, menghimpunkan seramai 152 pemimpin mahasiswa daripada 32 kelab di bawah Student & Career Development (SCD), 14 kelab fakulti serta 13 pemimpin pelajar antarabangsa dari Maldives, Brunei, Indonesia, Kenya, Bangladesh, Sudan dan Pakistan.

Iklan
Iklan

Program anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) MSU, menjadikan MOULD 4.0 sebagai platform memperkukuh kepimpinan, mengerat jaringan kerjasama dan pupuk persefahaman budaya mahasiswa.

MOULD 4.0 disempurnakan oleh Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid, sekali gus membuktikan komitmen universiti dalam membentuk graduan yang kompeten, berdaya tahan dan memiliki perspektif global.

Iklan

Penganjuran turut mendapat sokongan strategik daripada Menteri Besar Selangor Incorporation (MBI) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Selangor.

MOULD 4.0 menggabungkan bengkel kepimpinan, aktiviti lasak, cabaran luar dan refleksi kendiri bagi memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan serta daya tahan peserta.

Iklan

MOULD 4.0 diakhiri dengan aktiviti Bristwalk sejauh lima kilometer yang disertai Mohd Shukri, Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid, pengurusan kanan universiti dan peserta.