Universiti TVET: Benarkah graduannya pilihan industri?

Iklan

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering berdepan stigma sebagai 'pendidikan kelas kedua', seolah-olah hanya menjadi pilihan terakhir selepas laluan akademik konvensional. Namun, sejauh mana persepsi ini benar, terutama apabila industri kini semakin memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi?

Nantikan episod istimewa Podcast Bual Bestari yang membincangkan secara mendalam tentang peranan penting TVET dalam membentuk modal insan berkualiti, selari dengan keperluan industri semasa.

Iklan
Iklan

Bersama tiga figura inspiratif - Ts Dr Norshah Aizat Shuaib (Pensyarah Kanan, UniMAP), Muhammad Syamil Ramlan (Yang Dipertua MPP UniMAP) dan Farhah Kamarudin (Alumni & Jurutera Eksekutif Industri Automotif).

Episod ini menyentuh isu-isu seperti:

Iklan
  • Perbezaan pendekatan universiti TVET vs konvensional
  • Persepsi terhadap TVET dan realiti kebolehpasaran graduan
  • Kerjasama strategik UniMAP dengan industri
  • Kemahiran teknikal dan insaniah sebagai tunjang kejayaan graduan

Jika anda sedang meneliti laluan pendidikan pasca-SPM atau STPM, atau ingin memahami masa depan pendidikan teknikal di Malaysia, episod ini adalah rujukan yang tidak boleh dilepaskan.

Saksikan podcast Universiti TVET: Benarkah graduannya pilihan industri? dan fahami mengapa UniMAP menjadi pilihan utama dalam melahirkan generasi mahir, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri masa kini.

Iklan