Bukan sekadar santai, program Lindung Kasih anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjaya membuka mata 30 guru dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan tentang satu perkara penting iaitu perlindungan sosial untuk wanita.
Dalam suasana mesra dan penuh perkongsian, peserta berpeluang mengenali dengan lebih dekat manfaat Lindung Kasih, memahami kepentingan perlindungan keselamatan sosial dan mendapatkan jawapan secara terus daripada pihak Perkeso menerusi sesi perkongsian serta soal jawab.
Lebih menarik, program ini turut mengubah perspektif bahawa perlindungan sosial bukan hanya berkait dengan pekerjaan.
Sebaliknya, wanita yang bergelar guru dan pada masa sama menguruskan rumah tangga juga perlu mengambil kira aspek perlindungan diri.
Jadi, apa yang membuatkan Lindung Kasih begitu dekat dengan kehidupan wanita dan apakah manfaat yang ditawarkan?
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sisipan hari ini bagi menyelami perkongsian, pengalaman dan ilmu menarik.
Cikgu dilindungi, kasih dihargai!