Pengucapan awam bahasa Inggeris bantu bina keyakinan murid

Iklan
Pengalaman akademi dalam membimbing lebih 30,000 pelajar setakat ini mengukuhkan kepentingan untuk membangunkan kemahiran berkenaan seiring dengan kemajuan teknologi.

Kemahiran pengucapan awam dalam bahasa Inggeris semakin penting dan wajar dipupuk sejak usia muda bagi membina keyakinan murid. 

Seiring keperluan itu, kewujudan lebih banyak kemudahan dan akademi yang menyediakan ruang pembelajaran pengucapan awam memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dalam suasana yang lebih praktikal dan interaktif.

Iklan
Iklan

Terbaharu, Ebright Public Speaking Academy (Ebright), sebuah akademi pengucapan awam kanak-kanak berfokuskan bahasa Inggeris terbesar di Malaysia, menyasarkan untuk mengembangkan rangkaiannya kepada 30 cawangan tahun ini sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhannya.

Ditubuhkan pada 2016, akademi berkenaan giat melakukan pengembangan susulan peningkatan permintaan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia terhadap penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran pengucapan awam yang lebih baik.

Iklan

Sehingga kini, Ebright telah mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan menerusi rangkaiannya termasuk jawatan pendidik, kakitangan pentadbiran serta pelbagai peranan operasi.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ebright, Kevin Khoo berkata, prospek positif itu turut dizahirkan menerusi prestasi Malaysia dalam Indeks Kecekapan Bahasa Inggeris EF 2025 yang meletakkan negara di tempat pertama di Asia dan ke-24 dunia dalam penguasaan bahasa Inggeris, dengan skor 581. 

Iklan

Kevin Khoo

"Saya melihat persekitaran berbilang bahasa di Malaysia sebagai satu kelebihan besar. Keupayaan kita berkomunikasi dalam pelbagai bahasa membolehkan rakyat Malaysia berhubung dengan individu daripada budaya, pasaran dan latar belakang berbeza.

"Ini merupakan kemahiran yang amat bernilai, terutama apabila perniagaan semakin berkembang ke peringkat global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala Ulang Tahun Ke-10 Ebright Public Speaking Academy di Tamarind Square, Cyberjaya.

Mengulas perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (AI), Kevin berkata, keupayaan manusia yang unik seperti pengucapan awam secara autentik, komunikasi yang jelas serta kepimpinan pemikiran akan menjadi semakin penting dalam membezakan generasi muda daripada yang lain.

Katanya, pengalaman akademi dalam membimbing lebih 30,000 pelajar setakat ini mengukuhkan kepentingan pembangunan kemahiran berkenaan seiring kemajuan teknologi.

"Walaupun AI terus berkembang, keupayaan berkomunikasi secara autentik, menyampaikan idea dengan jelas dan menunjukkan kepimpinan pemikiran akan kekal sebagai ciri unik manusia yang dapat membezakan generasi muda daripada rakan sebaya mereka," katanya.

Menghadapi ketidakpastian susulan perubahan teknologi yang pantas, Kevin berkata, Ebright kekal komited untuk terus memperkasa kurikulum dan program pendidikannya bagi membina keyakinan kanak-kanak, selain memanfaatkan AI, inovasi dan teknologi.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10, Ebright turut mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

"Sumbangan RM10,000 ini akan disalurkan secara langsung kepada pelbagai program kerjasama bermakna bersama MAB.

"Sebahagian daripada dana itu juga akan diperuntukkan bagi mewujudkan peluang menjana pendapatan dengan melibatkan golongan profesional MAB dalam program kami, sekali gus menyokong kehidupan yang lebih bermaruah serta menghargai kemahiran berharga yang mereka miliki," katanya.

Ebright memulakan kerjasama tanggungjawab sosial bersama MAB pada 2023 dengan menyediakan platform kepada pelajar MAB untuk mengembangkan kemahiran pengucapan awam dan mengekspresikan diri dengan lebih yakin. 

Sejak itu, akademi berkenaan menyokong pelajar MAB menerusi sesi pertunjukan pengucapan awam bulanan, selain menyediakan kurikulum dan program pengajaran yang dirangka khusus bagi memberi peluang kepada mereka untuk berucap, berkongsi pengalaman serta berhubung dengan masyarakat lebih luas.

"Kami percaya setiap suara berhak didengari. Akademi kami sentiasa berhasrat menyediakan latihan pengucapan awam profesional kepada semua supaya mereka dapat membina keyakinan diri, berkongsi kisah secara terbuka dan membantu merapatkan jurang antara diri mereka dengan masyarakat," kata Kevin.