Hujung tahun ini, bermulalah pemilihan sekolah bagi murid Tahun 6 yang akan melangkah ke Tingkatan 1, dan pelajar Tingkatan 3 mencari hala tuju Tingkatan 4.
Ada yang mengimpikan sekolah berasrama penuh, sekolah khusus atau institusi yang mempunyai reputasi cemerlang.
Tidak kurang juga yang lebih selesa meneruskan persekolahan di sekolah harian dekat dengan rumah dan tetap bersama keluarga.
Persoalannya bukan sekadar sekolah terbaik, sebaliknya sekolah mana paling sesuai dengan keperluan murid-murid.
Semasa membuat perbandingan, ibu bapa memainkan peranan untuk melihat pencapaian akademik, memahami tahap kemandirian, minat, kebolehan, emosi dan kesediaan murid menghadapi persekitaran baharu.
Dalam membuat pilihan ini, adakah murid-murid benar ingin belajar di sekolah khusus atas kerelaan hati atau ditentukan oleh ibu bapa?
Jom, renungkan!