Datang untuk belajar, pulang bawa trofi dan kenangan

Iklan

Reaksi pelajar

Paling seronok, saya dapat banyak pengalaman dan kawan baharu.

Iklan
Iklan

"Sebelum datang, saya tak sangka program ini ada pelbagai aktiviti menarik. Setiap slot ada pengalaman berbeza dan buat saya lebih faham tentang dunia TV PSS.

“Lawatan ke Karangkraf pula, saya dapat tengok sendiri bagaimana majalah, buku dan al-Quran dihasilkan. Selama ini kita cuma nampak buku yang sudah siap.” - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Datu’ Hashim, Kelantan, Wan Ayesha Irdina Wan Mohd Nadzri, 12.

Iklan

Wan Ayesha Irdina dan Muhammad Imtiyaaz Fakhrullah

"Sepanjang empat hari di Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 ini, memang banyak perkara baharu yang saya belajar. Daripada cara penggambaran, penyuntingan, sehingga menghasilkan skrip bersama ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Jadi, setiap hari ada ilmu dan pengalaman yang berbeza.

Iklan

“Hari kemuncak festival pula, saya dapat Naib Johan bagi Pengacara TV PSS Terbaik 2026 kategori sekolah menengah. Memang teruja dan bersyukur.” - Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9(2) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Muhammad Imtiyaaz Fakhrullah Anuar, 16.

 

"Paling tidak sangka, saya mendapat Johan Pelakon TV PSS Terbaik kategori sekolah menengah. Ini kali pertama sertai Festival TV PSS di peringkat kebangsaan, jadi kemenangan ini memang sangat bermakna. Saya bersyukur sangat kerana dapat membawa pulang gelaran ini.

“Saya harap kami semua dapat datang lagi ke Festival TV PSS Kebangsaan tahun hadapan.Saya harap kita semua jumpa lagi di Festival TV PSS Kebangsaan 2027!” - Murid SMK Seri Pekan, Pahang, Muhammad Alif Danial Firdaus, 15.

Muhammad Alif Danial dan Adriana Sulau Lily

"Sepanjang menyertai Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 ini, saya rasa sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baharu, ada juga aktiviti berkumpulan, menyertai bengkel kecerdasan buatan (AI), lawatan ke kilang cetak Karangkraf dan banyak lagi.

“Ini juga kali pertama saya keluar dari pedalaman Long Lapok terutama terus ke Semenanjung Malaysia.” - Murid SK Long Lapok, Sarawak, Adriana Sulau Lily Sekius Upu, 10.

Muhammad Haidar Rifaie (lelaki kecil)

"Banyak bengkel yang memberi pendedahan kepada kami tetapi saya suka kelas kecerdasan buatan (AI) yang dilaksanakan oleh Abang Riswandi. Sebelum ini, saya cuma nampak orang lain buat video dan lagu menggunakan AI di media sosial, tetapi bila belajar sendiri, rupanya tidaklah susah seperti yang difikirkan.

“Kami bukan sahaja belajar menghasilkan video AI, malah boleh cipta lagu menggunakan AI. Selepas ini, saya nak minta guru TV PSS untuk menyediakan lagu sendiri untuk pasukan kami. Ingatkan AI ini susah, rupanya bila dah pandai, senang saja!” - Murid SK Putrajaya Presint 5(1) Wilayah Persekutuan Putrajaya, Muhammad Haidar Rifaie Ahmad Hambali, 11.

Reaksi guru

"Pengalaman berada di Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 ini bukan sahaja mengasah kemahiran, tetapi secara tidak langsung membina keyakinan diri murid-murid untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berani tampil di hadapan orang ramai.

“Paling penting, TV PSS beri ruang kepada mereka untuk belajar melalui pengalaman sebenar. Apabila diberi kepercayaan dan peluang untuk berkarya, mereka lebih berani mencuba, tidak takut melakukan kesilapan dan sentiasa mahu memperbaiki diri.

“Bakat dan keyakinan yang terbina melalui TV PSS inilah yang boleh menjadi bekalan berharga kepada murid untuk masa depan.” - Guru Pembimbing TV PSS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam, Johor, Kamarul Arifin Ahmad Taha, 30. 

 

"Kami bersyukur apabila diberi peluang untuk menyertai Festival TV PSS Peringkat Kebangsaan 2026 ini. Kami dapat banyak ilmu dan pengalaman baharu. Sebagai guru, program ini mengajar saya mengenai penghasilan video yang lebih profesional daripada penyediaan skrip, perancangan, teknik penggambaran sehingga proses penyuntingan.

“Ramai murid yang berminat menjadi pencipta kandungan atau ‘YouTuber'. Pada masa sama, mereka dapat berinteraksi dengan pelbagai individu serta memahami dunia di sekeliling dengan cara lebih menarik dan bermakna.

“Pengalaman seperti ini sangat penting untuk membina bakat, keyakinan dan wawasan murid.” - Guru Pembimbing TV PSS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Wen, Wilayah Persekutuan Labuan, Phang Li Ling, 31. 

Dari kiri Kamarul Arifin, Phang Li Ling dan Mohd Amirul Shafik

"Walaupun dari sekolah luar bandar dan terletak di kawasan FELDA di Negeri Sembilan, produksi TV PSS iaitu ClassTech TV merupakan sebuah platform yang sangat aktif membantu membina bakat serta keyakinan murid.

“Setiap kru yang terlibat dalam produksi ini membuktikan murid di kawasan luar bandar juga mampu memberikan persaingan sengit di peringkat yang lebih tinggi berbekalkan kemahiran yang dibangunkan dalam TV PSS.

“Kami diperkenalkan dengan ramai penggiat aktif dalam bidang pengacaraan dan perfileman di samping berpeluang melihat sendiri proses penghasilan bahan bacaan di Karangkraf.” - Guru Pembimbing TV PSS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan, Mohd Amirul Shafik Shamsul, 36.