Dari MSU ke pentas Miss World 2026

Iklan
Taanusiya (kiri) bergambar bersama Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid sewaktu membuat kunjungan ke MSU Shah Alam, baru-baru ini.

Pendidikan membina keyakinan, komuniti jadi wadah perubahan

Minat terhadap pendidikan dan usaha membangunkan potensi diri membawa pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESL), Management and Science University (MSU), Taanusiya Chetty ke pentas antarabangsa.

Beliau meraih tempat ketiga pada pertandingan Miss World ke-73 di Vietnam selepas bersaing dengan 86 peserta dari seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Taanusiya turut menerima anugerah khas Beauty with a Purpose atas komitmennya dalam aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Pencapaian itu hadir selepas berbulan-bulan mengimbangi tuntutan pengajian dengan latihan pertandingan, pengajaran serta pelbagai program kemasyarakatan.

Iklan

Menurut Taanusiya, pengalaman di MSU banyak membantunya membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

Daripada seorang yang pendiam dan sukar berkomunikasi ketika awal pengajian, beliau kini lebih berani berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Iklan

Sebagai pelajar TESL, Taanusiya memberi perhatian kepada usaha membina keyakinan kanak-kanak melalui penguasaan bahasa serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan penyertaan aktif.

Beliau turut berpandangan pendidik perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi digital dalam pendidikan.

Komitmen itu diteruskan menerusi Be The Change Malaysia, inisiatif yang diasaskannya pada tahun 2022 bagi menyokong kanak-kanak dan golongan muda melalui pendidikan, bimbingan serta penglibatan komuniti.

Programnya merangkumi pembelajaran bahasa Inggeris, pendidikan kebersihan, kecergasan, kitar semula dan penanaman pokok, selain memberi perhatian kepada isu kemiskinan dan kesaksamaan jantina.

Di pentas Miss World, Taanusiya mengetengahkan kepelbagaian Malaysia dengan bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

“Saya mahu menggalakkan semua pelajar supaya tidak takut untuk bermula dari kecil.

“Walaupun kita hanya memberi impak kepada seorang individu, perkara itu tetap sangat bermakna,” katanya.