Lindungi murid, tanggungjawab bersama

Iklan
KIBARAN JALUR GEMILANG... Keriangan dan keseronokan murid-murid menyambut Hari Malaysia, baru-baru ini. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pendidikan keselamatan internet perlu sokongan semua pihak agar murid bijak menilai kandungan dan waspada terhadap pengaruh negatif dalam talian

Mendidik murid menggunakan internet secara bijak bukan tugas sekolah semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

Ia bagi memastikan generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan kandungan negatif di hujung jari.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Jenis Khas Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Masita Leman berkata, kolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan sekolah menerusi kempen ini memberi impak bermakna. 

Masita (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat Riuh Sekolahku Merdeka di SK Raja Muda. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

"Program berkenaan bukan sahaja menampilkan aktiviti kuiz anjuran Sinar Bestari, malah diselitkan slot penerangan oleh MCMC bagi mendidik murid tentang kepentingan menggunakan internet secara bertanggungjawab.

"Kerjasama pelbagai pihak ini penting bagi melindungi anak-anak daripada pengaruh negatif yang mudah diperoleh melalui teknologi digital," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, JPN Selangor turut mengambil langkah meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai penggunaan media sosial secara berhemah, termasuk melalui sesi libat urus bersama MCMC.

Ujar Masita, semua sekolah telah dimaklumkan mengenai kepentingan penggunaan media sosial secara bijaksana, selain menerima baik maklumat dan hebahan yang disampaikan oleh jabatan berkenaan. 

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau turut menyentuh saranan berkaitan penggunaan media sosial bagi golongan berusia 16 tahun ke bawah yang perlu diberi perhatian oleh sekolah.

"Selain keselamatan digital, program di sekolah bertajuk Riuh Sekolahku Merdeka turut menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid," katanya lagi

Masita berharap lebih banyak pihak atau agensi tampil menganjurkan program berimpak tinggi demi memperkasa pendidikan dan pembangunan murid. 

FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Memetik ungkapan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, It takes a village to raise a child, Masita menegaskan, usaha membentuk generasi berkualiti memerlukan sokongan dan tanggungjawab seluruh masyarakat.