Murid Tahun Satu maut selepas alami kesukaran bernafas

Iklan

Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, murid berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Iklan

Norhizam berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi, Selasa, manakala kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Iklan

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak benar atau membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor T Vishno Kumar menerusi talian 011-11021528 bagi membantu siasatan. - Bernama