'Scrolling generation' ancam budaya membaca generasi muda - Fadhlina

Iklan
Fadhlina

Budaya membaca dalam kalangan generasi muda semakin terhakis susulan kemunculan gajet yang telah mewujudkan scrolling generation, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, budaya membaca tidak boleh dijadikan sebagai hobi semata-mata sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan sekali gus mampu melahirkan generasi berilmu di masa hadapan.

Iklan
Iklan

"Ada satu buku ketika ini yang sangat hangat, malah buku ini juga menjadi perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau sendiri membicarakan buku ini, iaitu The New Dark Ages.

"The New Dark Ages ini menggambarkan sebuah ketakutan yang mendalam kepada generasi yang disebut sebagai the scrolling generation," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan HIPMaX Malaysian Folklore Storyfest: Folktales Reimagined Grand Finale Showcase 2026 di Perpustakaan Negara (PNM).

Iklan

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Rusmini Ku Ahmad dan Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli.

Fadhlina juga berkata, kerajaan amat menekankan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti manakala di peringkat Kementerian Pendidikan, pelaksanaannya merangkumi murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah menerusi program 'Jom Baca Bersama 10 Minit'. 

Iklan

Dalam pada itu, beliau berharap penganjuran HIPMaX Malaysian Folklore Storyfest akan terus menyemarakkan minat membaca dalam kalangan murid di samping memperkenal cerita rakyat yang mencerminkan sejarah, budaya dan jati diri negara kepada mereka. - Bernama