Duta Kecil TVET KPM teroka teknologi hijau, kejuruteraan di China

Iklan
Sepanjang berada di sana, Duta Kecil TVET KPM berpeluang melihat sendiri penggunaan teknologi dalam bidang kejuruteraan, tenaga hijau dan pengurusan sumber air.

Pengembaraan ke China memberi pengalaman baharu kepada 20 Duta Kecil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sepanjang berada di sana, para peserta berpeluang melihat sendiri penggunaan teknologi dalam bidang kejuruteraan, tenaga hijau dan pengurusan sumber air.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook KPM hari ini, pada hari kelima program TVET KPM Global Future Leaders Programme Guangxi 2026, peserta mengunjungi Guangxi Vocational College of Water Resources and Electric Power (GXCWE) serta Hab Navigasi Madao di Terusan Pinglu.

"Lawatan memberi peluang kepada peserta mengenali penggunaan ilmu kejuruteraan dalam pembangunan infrastruktur sumber air berskala besar. 

Iklan

"Mereka turut didedahkan kepada teknologi hijau dan rendah karbon serta latihan amali berkaitan bidang kejuruteraan, tenaga dan sumber air," maklum hantaran itu.

Iklan

Menurut KPM lagi, pengalaman tersebut membantu peserta memahami dengan lebih jelas perkembangan teknologi serta kepentingan bidang TVET dalam memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Terdahulu, rombongan turut melawat Honghua Jasmine Garden di Guangxi bagi mengenali proses menghasilkan produk berasaskan bunga melur. 

Antara produk yang diperkenalkan termasuk teh, minyak pati, minyak wangi dan produk penjagaan diri.

Peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti amali menghasilkan sabun menggunakan ekstrak bunga melur.

Aktiviti itu memberi pengalaman kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu secara praktikal, selain mengenali potensi menghasilkan produk baharu daripada sumber semula jadi.

Secara keseluruhannya, lawatan tersebut memberi peluang kepada 20 Duta Kecil TVET KPM menambah pengetahuan, mempelajari kemahiran baharu dan melihat sendiri aplikasi TVET dalam dunia sebenar.

INFO

Duta Kecil TVET KPM ialah pelajar yang dipilih daripada institusi pendidikan di bawah KPM khususnya Kolej Vokasional, untuk menjadi wakil dan mempromosikan bidang TVET.

Mereka berperanan sebagai:

1) Wakil TVET KPM - Memperkenalkan bidang kemahiran kepada masyarakat.

2) Duta Promosi - Berkongsi pengalaman dan keistimewaan pendidikan TVET kepada rakan sebaya.

3) Pemimpin Muda - Membawa imej TVET KPM dalam program dan aktiviti di dalam serta luar negara.

4) Peneroka Ilmu - Menyertai program pendedahan antarabangsa bagi menambah pengetahuan dan pengalaman.