Inspirasi ke Sekolah, suntik minat belajar

Iklan

Pendidikan bukan sekadar tanggungjawab sekolah dan ibu bapa, sebaliknya memerlukan sokongan masyarakat serta sektor korporat bagi memastikan setiap anak berpeluang menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih baik.

Atas semangat itu, DRB-HICOM Berhad meneruskan komitmen menyokong pendidikan menerusi program Inspirasi ke Sekolah dengan menyalurkan sumbangan wang tunai RM200 dan beg sekolah kepada setiap murid di tiga sekolah terpilih dalam daerah Kluang, Johor.

Iklan
Iklan

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Tengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang Timur dan SMK Kluang Barat.

Inisiatif yang menyasarkan kira-kira 450 murid itu bukan sahaja membantu meringankan keperluan persekolahan, malah membawa mesej bahawa masa depan pendidikan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama.

Iklan

Jom bersama Sinar Bestari ke Kluang meraikan murid-murid terpilih.

Hebat seyhh!

Iklan