Cabaran mahasiswa dan persediaan graduan era digital
Iklan
Era digital membawa bersama cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh era lain sebelumnya.Kepantasan penyampaian maklumat dan kemudahan melaksanakan pelbagai aspek kehidupan secara dalam talian telah menghadirkan pelbagai cabaran dan peluang kepada tamadun manusia ketika ini.Walaupun komputer mula digunakan sejak tahun 1940-an, dengan sistem komputer ENIAC di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, namun impaknya kepada masyarakat belum dirasai sehinggalah peningkatan populariti komputer peribadi sekitar 1970-an.Internet juga dicipta pada 1980-an dengan hasil penyelidikan ketenteraan mengenai rangkaian komputer, namun impaknya kepada kehidupan seharian manusia hanya benar-benar dirasai di awal kurun ke-21. Apa sahaja boleh didapati dan diuruskan di telapak tangan masing-masing, pada bila-bila masa.Adakah revolusi komunikasi yang memberi kesan kepada cara manusia berhubung ini sesuatu yang bermanfaat atau memudaratkan terutamanya kepada golongan pelajar dan mahasiswa?Apakah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk mempersiapkan dirinya menghadapi era digital ini?Apakah benar masa depan mereka lebih muram, terutamanya apabila ditambah dengan malapetaka pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia?"Pada masa yang sama, terdapat banyak lagi ruang untuk mahasiswa terokai bagi mempersiapkan mereka untk masa hadapan yang penuh dengan ketidaktentuan," ujarnya yang juga merupakan Pengetua, Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, UM.[caption id="attachment_23700" width="267"] Dr Nahrizul Adib[/caption]Peluang untuk berinteraksi dan belajar secara langsung dengan pelbagai lapisan pengguna internet, dari saintis peringkat dunia, sehinggalah rakan sebaya dari negara yang beribu batu jauhnya, semuanya dapat dilakukan."Perkongsian idea dan perbincangan dapat dilakukan dalam masa sebenar (real-time), tanpa mengira sempadan geopolitik dan kekangan masa," sambungnya lagi.Walaupun demikian, Dr Nahrizul Adib mengingatkan mahasiswa agar tidak terlalu terburu-buru dalam mengejar cita-cita dan kemahuan, dek kepantasan sistem komunikasi ini."Asah bakat dan gilap sahsiah diri melalui interaksi yang positif, selain tidak lupa memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa," katanya lagi.Media sosial, yang diakui menjadi sebahagian daripada kehidupan mahasiswa seharusnya digunakan sebagai medium yang membantu pembangunan diri dan bukannya tempat untuk melarikan diri daripada tanggungjawab serta realiti kehidupan."Persekitaran ekosistem pembelajaran mahasiswa di era digital ini diakui lebih ‘berat’ berbanding sebelumnya, terutamanya dengan penggunaan online learning yang meluas disebabkan oleh pandemik Covid-19."Mahasiswa, tidak dapat tidak, perlu tangkas menerima perubahan, dan melatih diri untuk menjadi kuat dengan tekanan dan cabaran bentuk baharu di era digital ini," tutur Dr Nahrizul Adib lagi.[caption id="attachment_23705" width="600"] Gambar hiasan daripada Unsplash.[/caption]Mengakhiri temu bual, beliau menyarankan beberapa panduan yang boleh digunakan mahasiswa untuk menangani cabaran-cabaran bergelar mahasiswa di era digital ini.Antaranya, mahasiswa perlu mempunyai visi dan cita-cita yang jelas."Visi ini juga akan menjadikan mahasiswa itu lebih berdisiplin dengan masa dan tidak menghabiskannya untuk perkara yang tidak mendokong penghasilan cita-citanya kelak."Akhir sekali, latih diri untuk faham mengenai keperluan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan, jika ingin mendapatkan sesuatu. Bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang," ujarnya.